LAWATAN PENANDA ARAS SMART GREEN KOLEJ KOMUNITI BENTONG KE POLISAS
 
15 Mac 2023 : Delegasi Kolej Komuniti Bentong seramai sembilan orang yang diketuai oleh Puan Ratna Dewi binti Halifi, Timbalan Pengarah (Pengurusan) telah disambut oleh Jawatankuasa Polygreen POLISAS yang diketuai oleh Encik Anuar bin Ismail selaku Pengurus Polygreen POLISAS. Hadir sama adalah Puan Noraini binti Mat Luji, Pengurus Smartgreen Kolej Komuniti Bentong.
Antara pengisian lawatan ini adalah taklimat berkenaan Pengurusan Mampan di POLISAS dan juga lawatan ke tapak Polygreen di Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), POLISAS bagi melihat pelaksanaan projek air kita semula daripada air hawa dingin dan projek solar.