Water (WR)

>> Download Article

4.1 Water Conservation Program Implementation

Air Hujan yang dikumpul digunakan untuk penyiraman pokok-pokok yang ada disekitar Polisas. Ini dapat mengurangkan penggunaan air paip bagi kerja-kerja penyiraman. Sistem Akuaponik adalah teknologi yang akan menggabungkan aktiviti ternakan ikan (Fish culture) dengan jenis tanaman. Ia dibangunkan bagi meningkatkan suasana hijau dan minat dalam keusahawanan dimana hasil ternakan dan sayuran dapat dijual.

 

4.2 Water Recycling Program Implementation

Sistem Pengumpulan air wuduk dan air lebihan penghawa dingin dibangunkan bagi mencari alternatif bagi  menjimatkan penggunaan air paip yang sangat banyak terutamanya ketika mengambil wuduk. Air yang terkumpul akan digunakan semula bagi kerja-kerja penyiraman pokok-pokok bunga dikawasan sekitar tyang berdekatan.

 

4.3 Water Efficient Appliances Usage

Penggunaan air hujan yang berkesan telah dilaksanakan di Nursery Jabatan Kejuruteraan Awam. Tangki air hujan diletakkan dikawasan yang tinggi. Air tersebut di salurkan ke sprinkler bagi tujuan kerja-kerja penyiraman. Ini dapat menjimatkan banyak air paip.